Wednesday, June 29, 2011

Pasaraya NSK

Akhir nya tercapai juga impian..[impian ker???hahaha]
Orang-orang kat sini sume cakap kalo nak beli barang pegi jer NSK murah-murah plak tue.
Dalam ati mane plak nak redah, abes-abes pun beli barang kat Giant tak pun beli barang basah kat pasar
Aku cakap la kat My Laling minggu lepas, jom la kite carik kat mane Pasaraya NSK tu



Aku tanya kat akak jual nasi lemak tue die cakap kalo ko tau pasar borong kat situ la NSK nyer
Kami nie mana la tau tu sume tak pernah sampai pun ke situ, pasar sri gombak tau ler
Cari punye cari akhirnya jumpe dah tau mane tempat nye senang la bila-bila nak pegi






kami datang hari yang lain
 punye la susah nak parking rase nak balik jer
dengarnya ramai peniaga beli kat sini







 memang murah-murah barang kat sini
dibawah satu bumbung segala-galanya ade kat sini
bahan mentah pun ade.. serupa cam pasar 
sebut jer nak ape pasti ade







 walau pun orang ramai tapi tetap selesa
susun atur barang pun ok senang nak cari dan ambik







 pengaruh iklan sangat kuat..
bile nampak jer botol carrie junior
terus jerit, mama kak yung nak yang tu
mama nati kalo kak yung mandi elephant datang tak???
kat tv jer ade kak yung [aduhai anakku]








dah selesai memenuhkan troli
haruslah bayar




.: aku happy la belanja kat sini sume ade yang penting murah.. i like

Tuesday, June 28, 2011

Ohh GCB

Pagi tadi bawak Rifaie pegi clinic, aku pun tak paham dah seminggu batuk die tak ok
ubat dah nak abes aku bagi tapi camtu gak
takkan nak bawak jupe pakar lagi??? fenin-fenin
tak pe bawak die gi clinic bese je dulu, harap-harap ok 





 dah settle jupe doc amik Dinie plak
tengok la tue kemain suke dapat jupe kak yung
aku tanye la, kak yung ari nie nak makan pe??
tak tau lagi sebab kak yung tak nampak...








asal tengok iklan die jer aku leleh air liur haaa dah lalu singgah ler membeli
siyes sangat cedap, ekeke erm tak rugi beli
ohhhh GCB im lovin' it [cakap london la plak kan lepas pekene GCB]
Dinie bese la aku beli kan happy meal sebab nak toy
die pun makan abes chicken beger..

Monday, June 27, 2011

Jatuh Berderai

Rifaie kan semakin aktif, dah tak tau nak buat ape agak nye
Kak yung sibuk berdandan lepas mandi
Die pun same, tapi bukan untuk berdandan
saje buat kacau, kak yung berkali-kali cakap
Adik tepi cikit kak yung nak sikat rambut nie 
Ntah macam mane....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
PRRAAAANGGGGG



panik punye pasal die terus ngangis sambil dapatkan mama die
ala-ala mengadu ler walaupun lom bole cakap lagi
time tue muke die memang cuak giler
alahai anak mama...

Thursday, June 23, 2011

sponge bob oh sponge bob

salam uols,,
besela kan weekend mesti nak bawak anak-anak gi jenjalan kan...?
tiba kat satu kedai nie dari jauh dinie dah jerit mama sponge bob..
erm ok, bole tengok jer tau? tak mo beli.
ingatkan die dengar la pe yang mama die cakap..


mama kak yung nak tengok kejap jer..
banyak sangat tengok katun nie la jadinye, terpengaruh
aku nie bawak la kat tempat tue, sudahnye mama kak yung nak sponge bob plz [nada merayu]
ya rabbi punye la mahal.. aku cakap tak bole mahal,
knapa mahal??? bab nie yang lemah so many Q..

besok kite beli kat tempat lain murah jer...
time tue start la die buat drama swasta,  
sudah nye esok tue aku beli buku tuk die.







 bukannya slalu pun beli buku..








 aku belikan die buku cerita nie sebab die dah pandai bace
memang excited la die dapat buku nie
mama la yang jadi mangsa
time aku nak tengok cite best time tu la die nak membaca...
buku yang sangat membantu anak-anak yang baru belajar membaca..







 kene la balances kan??
beli plak buku matematik, die dah bole mengira objek dengan baik..








 buku ngaler tak tinggal,
sampai umah terus ngaler, 
cikgu die cakap Dinie pandai ngaler cantek plak tue..








kalo dah tau membaca kene la tau menulis..
sebesar alam tulisan die, tapi takpe lama-lame nanti die pandai la adjust tulisan tue
yang penting die boleh membaca dan menulis...




tak sampai seminggu buku matematik tue dah separuh die buat..
die siap cakap, mama kalo dah abes buat cane??
pastu die jawab, nati mama beli yang lain ek
aku hanya mampu tersenyum...
kak yung la centa hati mama

photo shoot

Salam uols,
cargas tak arinie?? kay mon [seperti kump jambu ckp] guys...
sebenarnya nak continue citer pasal minyak wongi ekeke..
lepas dah deal ngan akak promoter tue, die terus cakap pasnie amik gamba eh...
kitorang yang blurr nie, amik gambaa???
tak pe free...

dah settle sume harus la amik turn
sume orang yang beli minyak wongi dapat free amik gamba tak yah ke studio beb..
akak promoter tu cakap la kat tukang amik gamba, tuk family nie 3 keping
die siap bisik kat aku bese kitorang bagi sekeping jer
ko punyer pasal dik spesel akak bagi... 



 my happy family..







kenapa berdua jer???
anak-anak ade kat bawah...
die nak amik gamba hot mom & dady jer, ekeke



mane sekeping lagi??? no,no,no bukan tuk tatapan umum, ecece
malu la nak punlish kat sini dah simpan dalam laci pun
aksi gediks dan manja hanya tatapan kami sekeluarga,hehehe

Tuesday, June 21, 2011

Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak..

Mengatasi masalah kuat marah pada anak. Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk kita semua berusaha mengatasi masalah ini:
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja kita pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama kita kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah kita minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, kita boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, kita boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri kita dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan kita mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang kita inginkan setiap kali berinteraksi dengan anak. Boleh juga kita berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan kita kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang kita mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa/mama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Kita juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.
Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga kita lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb.
Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam. 

credit to mummymiqhael

Monday, June 20, 2011

Present For Him

Assalamualaikum ulos....
wah cargas-cargas, weekend kan dah happy-happy jangan malas-malas okey....
seronoknye weekend kitorang awalnya plan nak jalan-jalan jer tapi lain plak citernye, kikiki
My Laling tanye nak gi klcc ke midvalley, mane-mane pon bole la..
paham-paham jer la tengah bulan nie kan, tak bape nak mesra nak ke mall..

sampai-sampai jer, Dinie terus cakap : mama lapar la, 
memang die lapar belikan nasi ayam tinggal ckit lagi nak abes.. 
sume dah kenyang baru la sengang nak menjamu mata...
 
 
alamak baju budak-budak sale la..
My Laling cukup memahami sambil berkata tengok la baju anak-anak mane yang bekenan
I love u strong la Laling, ekeke
dapat la sepasang sorang tuk ghaye nati..

die tanye aku nak minyak wangi tak???
tak pe u beli je la nak gi kejekan dah takde minyak wangi,
nati client u komplen plak, ekekke
i takpe lain kali leh beli, ecece konon jual mahal..
 
 
Giorgio Armani ade promotion tuk sepasang, waahhh menarik nie
memang aku tarik satu,ekeke


test sane,test cni sampai hidung nie dah tak tau mane satu yang wangi... 
hasilnya nie la yang kami beli..
Armani sport code tu My laling punye
yang tengah tu aku la yang punye..
ade promotion beli sepasang..
dapat beli separuh harga tuk yang tepi tue..
pe lagi My laling pun rembat la mane nak dapat separuh rege kan..





besela kan kalo dah beli barang die mesti la ade free gift..
sume tu my laling yang punye..
tuk women tak de, sob,,sob sedih la ingat kan dapat la yang kecik tu satu
selain tu kitorang dapat bag baju ngan pouch...



Thursday, June 16, 2011

Mari membasuh

Salam sume....
Dah lame sebenar nye nak update pasal CD nie..
Asyik ade rintangan dan halanga jerk, ekeke

Sebelum nie aku ade citer serba sedikit kenapa aku guna CD nie klik disini
Ok aku nak tunjuk la kat uols cane nak kendalikan [cara-cara nak basuh CD]

Senang jer, sediakan satu baldi khas untuk CD ok..
Setiap kali tukar CD letak jer kat situ dulu, agak dah penuh dah stok dah kurang baru la cuci
bese nye bile dah sampai lapan baru aku basuh
Sebelum mesin yang basuh, kena la bilas dulu... kasi bersih tau, baru la kurang lemak uols tu ekeke




 dah sental manja tadi masukkan jer kat dalam mesin
 kali nie biar mesin tu plak yang buat keje, ngeee





 harus di ingat yang nie kene masuk laundry bag
supaya dapat mengekalkan fabrik & getah kat peha
kalo dah longgar cane nak guna lagi kan...
kene la sayang dik non oi






 tak bole guna sabun basuh yang uols guna buat basuh baju kat umah ok
cari la sabun yang tiada enzim serta pewangi
lagi satu tak yah la memandai letak softner
tak sesuai ok....
sambil-sambil tu uols boleh hapdate blog, ekeke





 aku sidai camni sebab cepat kering..
matahari adalah agen terbaik, kering kan bawah kipas pun ok gak
masa basah terdapat stain jgn risau setelah kering kaler kuning tu hilang
dan bau pun tiada....








Nie la rutin harianku, hari-hari mencuci CD
Al-hamdulillah Rifaie selesa memakai nya



Tuesday, June 14, 2011

kami selamat

Al-hamdulillah kami anak beranak selamat.... pagi tadi kan kecoh pasal gegaran akibat gempa bumi di utara indonesia..

Masa kakak aku call kul 11 lebih tu aku tengah masak bile die tanya kat umah ko tak gegar ke???? kitorang kat cni tengah bekumpul kat parking, masa kat atas tadi terasa la beralun, die sekarang nie plak tengah pening akibat kesan dari gegaran tue.... time tue terus meremang bulu roma nie, [kayak jumpe antu plak, ekeke]..

Monday, June 13, 2011

sesi persekolahan kembali lagi


setelah dua minggu perintah berkurung, ekeke.. coti skolah daaa.. arini start penggal baru pejam celik- pejam celik dah abes setengah tahun kan???.... Dinie punye mood sama macam awal tahun aritue, panggil skali suruh mandi terus bangun.. teruja la katakan nak jupe kawan-kawan ngan cekgu..

ermm yang tak bestnye aku kene anta dan amik die hari-hari... van skolah die tulah buat hal macam-macam alasan, eeiiii sakit ati.. My Laling lak kene attend meeting kul 8am so tak leh la die nak anta Dinie pepagi...



yang paling best siap bawak bekal tuk Rifaie..
bijak kan mama dengan adenye roti nie encem mama tak nangis dah... ekeke


erm sampai umah Rifaie sambung tdo balik sebab nye 6.30 pagi die dah sedar, orang nak subuh time tu la die sedar... tapi ok gak die tdo awal takla time nak amik Dinie die masih tdo lagi...
time tue kalo angkat memang kompom jage... tapi nak buat cane kan???





********************************************************************


Ada apa dengan ini logo???
arinie Dini blajar tentang makanan yang halal tuk di makan...
die cakap la kalo nak beli mesti ada tanda halal..
kalo makan makanan yang tak halal nati tak sihat,
sakit perut pastu die bole cakap bole jadi gemuks...
bile nampak jer roti kat atas meja terus cek ade tanda halal ke tak..
nak gelak pun ade gak time...
siap pesan tue mama lain kali kalo nak beli pape mesti ade tanda halal tau...
so touching...

makan tengah ari tadi aku beli jer nasi kukus..
tetiba die tanya... mama nasik nie ade tanda halal tak???
mujur tak cekik, bijak nya lah anak mama nie...

Selamat Hari Bapa








Selamat Hari Bapa sume... ah tak kira nak wish jugak, ekeke
semalam uols celebrate kat mane ek???
To My Laling, ayah and dad's kat luar sana kat cni ade sedikit ucapan... ecece:-

.: semoga menjadi bapa yang berdedikasi & penyayang..
.: seorang pemimpin yang berjaya didunia dan akhirat..
.: menjadi sahabat serta pendengar yang setia kat anak-anak..
.: dan yang paling penting mendapat kesihatan yang baik serta gumbira selalu....

 

Thursday, June 9, 2011

Majlis aqiqah & kesyukuran




Al-hamdulillah setelah yang dirancang berjalan dengan lancar... lega rasa nye hati cz hutang Rifaie telah pun langsai,,, fuuhhhh penat tak terkata dik non oiii rase macam nak kenduri kawen lak, ekeke... apa tak nya dari hari rabu lagi dah bz ntah la macam-macam nak di buat.. pagi jumaat baru amik kambing al-maklum la kalo amik awal-awal ade gak kambing tue tinggal tulang agaknye,kikiki

waktu diorang nak pegi semayang jumaat adik ipar aku nampak sekor kambing Rifaie terlepas debor acik.. abes segala ayat dalam kitab rase nye di baca, mujur la kambing tu jinak.. tapi berpeluh gak la diorang mengejar kambing tue... debor punye pasal tak ingat nak amik gamba diorang tangkap kambing ngan kain pelikat, kiki 


seorang ayah menjalankan tanggungjawabnya..
baju kuning tue la pak mertuaku..
die la yang sembelihkan kambing petang tue..




 
sebelum disembelih kene la gosok dulu..





 
teruja anak-anak buah dapat tengok secara live tuuuu, kikiki






tunjuk bakat ker???






Al-hamdulillah selamat tiga ekor kambing...
besoknya baru di buat gulai...






nie la sebahagian orang kuat pada petang tue..
time kasih abang2 dan abang2 iparku..





 dah encem2 lelap la plak..
time nie nak sapu kepala,
amik berkat la katakan..






 Nie la gang Rifaie..
bese la baby tido jer keje nye..






 time nie Rifaie dah jaga..
die mana bole bising2 nie..





 Arfan sampai sudah masih lagi lelap..





terima kasih kepada tetamu yang hadir..
walau pun banyak lagi kenduri lain yang nak pegi..
bese la cuti skolah nie berebut nak buat kenduri..


Al-hamdulillah lauk kenduri tue abes,, menu wajib dah tentu la gulai kambing, paling sedap dan  cepat abes rendang daging kering campur maman terangkat beb... last skali gulai lemak taugeh...
tima kaseh kepada sume adik-beradik serta ipar2 yang banyak membantu, tak lupa juga kepada orang2 kg tolong masak pada hari itu..

Tuesday, June 7, 2011

Happy 1st Birthday encem mama

7 Jun 2011 genap setahun umo Rifaie pantas tol masa berlalu... seronok sangat dapat melihat anak-anak membesar depan mata, dapat tengok die jatuh bangun mase blaja berjalan. Al-hamdulillah Rifaie dah bole jalan memang tak duduk diam bile jatuh bangun balik nak terus jalan ekeke, sangat shumel...






 Mama doakan smoga adik menjadi anak soleh, berjaya dunia akhirat...






 Credit to uncle shah n induk..
simple tapi cantek...






 kek yang sangat shumel, rasa die pun not bad..






 Rifaie celebrate in advance kat kg.. ekeke
dah sume balik pe lagi mama pun order la sebijik kek padag bola,







 Princess...